||| Perjuangan Kita Masih Belum Selesai |||


Kelab UMNO Moscow
Moscow
Russia


39/1, Volgina Street,
117437, Moscow, Russia.


kelabumno_moscow@hotmail.com
+ Fotopages KUMOSC +


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Waktu di Moscow






Free Web Counter
Free Web Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, March 30, 2008
KEPUTUSAN PENCALONAN MAJLIS TERTINGGI KELAB UMNO LUAR NEGARA MOSCOW (KUMOSC) 2008-2010


Posted at 10:09 am by Kumosc
Comment  

Thursday, March 20, 2008
Syarat-syarat pencalonan bagi AJK tertinggi KUMOSC 2008-2010

Berikut merupakan borang pencalonan yang bakal diedarkan sempena pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi Kelab UMNO Moscow bagi sesi 2008-2010.
Sila perhatikan syarat-syarat pencalonan dengan teliti supaya tidak berlaku masalah teknikal.
Borang pencalonan akan diedarkan pada 21 Mac 2008.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil-wakil KUMOSC yang berkenaan seperti di dalam entry yang sebelumnya.




Posted at 09:08 pm by progenem20
Comment  

Sunday, March 16, 2008
Pencalonan, Pemilihan MT dan Mesyuarat Agung DwiTahunan Kelab UMNO Moscow














Posted at 10:28 pm by progenem20
Comment  

Monday, March 03, 2008
Isu Terbaru Buletin KUMOSC








Nantikan kemunculannya di depan pintu bilik anda pada hujung minggu ini!


Nota: Kami memohon maaf atas kelewatan menghantar Buletin KUMOSC pada minggu lepas atas sebab-sebab teknikal dan masalah logistik. Para pembaca diharap bersabar. Segala kesulitan amat dikesali.

Posted at 09:28 pm by progenem20
Comment  

Sunday, February 24, 2008
JUALAN BARANGAN RUNCIT KUMOSC 2008

PhotobucketPhotobucket

Posted at 03:43 pm by progenem20
Comment  

Thursday, November 15, 2007
Pertandingan Fotografi/FotoKomik Buletin KUMOSC.

Sempena penerbitan Buletin KUMOSC isu musim sejuk 2007/2008 yang bakal diterbitkan dengan dakwat berwarna, anda dijemput menghantar foto-foto dan komik terbaik anda dalam Pertandingan Fotografi/FotoKomik Buletin KUMOSC.

1. Pertandingan Fotografi.

 Korang dijemput menghantar foto-foto terbaik korang yang bertemakan "Showstopper". Maksudnya tak kisah la kalau kamera korang DSLR ke, kameraphone VGA ke, asalkan foto korang kreatif dan membuatkan sesiapa yang memandang boleh berhenti sebentar dan berfikir, kira foto tu hebat la. Jangan lupa sertakan caption sekali untuk impak tambahan.Tak semestinya kena hebat dari segi teknikal sahaja, yang penting adalah isi dan idea. Foto-foto yang menang akan disiarkan dalam Buletin KUMOSC akan datang. Yang tak menang akan disiarkan dalam blog KUMOS.

2. Pertandingan Komik Foto.


Yang ini pula untuk sesiapa yang suka bercerita. Hantarkan komik satu page korang yang dibina daripada beberapa gambar dan dialogue bubbles. (selalunya orang buat komik tema kelakar, tapi kalau nak buat drama masyarakat pun boleh je). Jangan lupa, satu page sahaja. Komik yang paling menghiburkan akan disiarkan dalam Buletin KUMOSC akan datang. Yang tak menang pula seperti biasa disiarkan dalam blog KUMOSC.

Syarat-syarat penyertaan:

  • - Foto-foto yang dihantar hendaklah asli dan bukan dicedok dari Flickr entah siapa-siapa. (boleh diperiksa melalui TIFF data)
  • -Setiap penyertaan hendaklah bersih dari sebarang unsur-unsur lucah, perkauman atau politik kepartian.
  • -Sila nyatakan sekali model kamera yang digunakan. Kalau guna kameraphone, sertakan nama model telefon.
  • -Hantarkan setiap penyertaan anda (foto dan komik) kepada Mohd Hazreen 4th Year RSMU melalui YM progenem20@yahoo.com. Boleh juga attach bersama email.
  • -Tarikh tutup penyertaan adalah 30 November 2007.

Posted at 06:21 pm by progenem20
Comment (1)  

Sunday, November 11, 2007
Ini Peranan Kita

<<< POST-AUTUMN RETREAT 2007 >>>



Salam wbt.

Apa khabar selepas seminggu ber'Autumn Retreat'? Moga semangat yg berkobar-kobar hasil kefahaman minggu lepas tidak merundum begitu shj.

Kita dah faham siapa kita, tujuan penciptaan kita, logam, kepentingan memahami Al-Quran, alat & matlamat, telur kuning & putih, sejarah turun naik bangsa satu Sunatullah serta kita dah pun merentasi sejarah drpd zmn Nabi Adam a.s sehinggalah kpd kejatuhan sistem khalifah Islam slps Khalifah Uthmanniyah & akhirnya memahami realiti dunia hari ini, dimana kita berada???

Saksikanlah hadiah daripada kami -> Video terbaru Post-Autumn Retreat 2007 <<< Ini Peranan Kita >>>.

Semoga dpt menghayati & terhibur serta terus menyuntik semangat anda semua. Klik sini>http://kumosc.blogdrive.com/ atau sini >http://www.youtube.com/watch?v=lPQEI6Usd6I

Posted at 01:10 am by Kumosc
Comment (1)  

Saturday, November 03, 2007
Atucara

Berikut adalah atucara yang ringkas untuk program Autumn Retreat 2007 pada hari Ahad, 4 Nov 2007 ini. Tentatif keseluruhan program anda akan perolehi semasa program (ada di dalam fail anda sebagai peserta)

Porgram Bermula jam 0830 am -

Pendaftaran masuk peserta, diikuti oleh Perasmian pembukaan oleh En Alias, Pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia Moscow pada jam 0900 am.

Program diteruskan dengan Sesi pembentangan dan perbincangan.

Solat Zuhur berjemaah dan Lunch.

Sambungan Sesi perbincangan.

Solat Asar, Makan + Rehat, Solat Magrhib.

Sambungan perbincangan. Kesimpulan dan penutup.

Perasmian penutup dan jamuan ringan.

InsyaAllah program akan bersurai pada jam 1830 pm.


....yang akan diberi: Fail dan HandOut.

....yang perlu dibawa: Pen, Buku Catatan & Alquran Terjemahan + Hati yang terbuka.

*** Mohon kerjasama kesemua peserta agar dapat 'punctual' ye.... Terima Kasih~


Posted at 07:45 am by Kumosc
Comment  

Tuesday, October 23, 2007
Lagi lagi Autumn Retreat 2007


Posted at 11:45 pm by Kumosc
Comment  

Monday, October 22, 2007
Temuramah Kak Nab bersama Mr. Pengerusi KUMOSC tentang Autumn Retreat '07

Salam wbt.Ikuti ‘borak2’ k.Nab dgn pengerusi KUMOSC dlm proses meleraikn tanda tanya k.Nab tentang prog yg hangat diperkatakan di Moscow skrg, AUTUMN RETREAT ‘07.

k.Nab : Salam Mr. Pres, bz ke?
Mr.President : tak sgt, ade ape ye?
k.Nab : Emm, mintak maafla sbb ambik masa sket, k.Nab cuma nak tanya bbrp soalan ni, boleh?
Mr.President :boleh je.. apa dia? Sile2 la.
k.Nab : Macam ni, AUTUMN RETREAT tu.., ape die sbnrnye ye? Program ceramah agama ke? ke prog motivasi ke, forum ke…? boleh cite sket2 tak? Tgh blur2 ni…:-?
Mr.president : ooo ok…
Mr.President : AUTUMN RETREAT @ AR ni adalah satu prog berbentuk ilmiah, yg basically mengajak kite semua mengenali diri kita, peranan dan tanggjwb kita, melalui sejarah kita…. Tema utk 1st time ni adalah bertajuk “Development of Islamic Civilization” with One A.I.M (One aspiration, One Inspiration & One Mission)
k.Nab: ooo maknenye nk buat revision baliklah sejarah yg kite blaja zmn2 skolah dulu ye?
Mr.President :tak jgk...kalau dulu kite hanya belajar sejarah semata2 aje yang selalu org kata ‘boring’. tapi prog ni, bkn saja mengingatkn balik ttg perkembangan sejarah & tamadun kita dari dulu sampai sekarang, tp juga menyedarkn kite significance tamadun islam kpd diri dan kehidupan kite, dan betapa pentingnya kite sbg muslim utk kenal sejarah kita. Dan yang paling penting adalah utk menyedarkan kita kat peringkat mana kita berada sekarang? Adakah kita tgh berada pada zaman tamadun?
k.Nab : maksudnya, bila kita kenal sejarah kita, kita akn kenal diri kita? mcmana tu?
Mr.President : betul, dgn kenal sejarah, kita akn kenal diri kita, faham fungsi diri kita dan faham peranan kita yang bukan sahaja sebagai pelajar malah yang lebih penting itu adalah sebagai seorang muslim. sbbnye, sejarah ni byk mengajar kita dan membawa pengaruh yg sgt besar dlm kehidupan kita.
k.Nab : Setuju2! K.nab pnh dgr one saying, “history is the teacher of life”! Jadinye, nnt kita akn flashback blk sirah nabi, khalifah2 n kisah2 perang semua tu ye?
Mr.President : iyap, sirah2 nabi, khulafa’ ar-rasyidin, zaman umayyah, abasiyah, uthmaniyah, perang salib….
k.Nab: Wahhh, zaman kebangkitan Eropah pun?
Mr.President :Yap, insya-Allah kite akan cube cover semua tu.
k.Nab : Wah, menarik tu!! tak sampai sehari dah dapat cover sejarah perkembangan tamadun Islam dari dulu sampai sekarang.
Mr.presiden :=)
Mr.President : Tp ni bukanlah belajar sejarah semata-mata ye... Tapi, prog ini utk kita memahami Sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam, memartabatkan Islam, dan seterusnya menjadikan Islam itu sebagai Ustaziyatul ‘Alam.
k.Nab : oh ok..
k.Nab : Kirenye ade speakerla yg akan present nnt, dan participants akan dtg dgr?
Mr.President : yup, tp bkn datang dengar sahaja... mule2 akan ade pembentangan dan syarah sket2 dulu.. then, kite ade bengkel, or discussion dlm kumpulan pula, yg mana sbnrnya lebih kpd perbincangan dlm group yang akan libatkan semua org...
k.Nab : Ooo elok jgk tu. Tak pernah lagi diadakan prog2 umum berbentuk ilmiah macam ni kt Moscow ni. Prog ni, k.Nab rasa skrg2nya membuka peluang bagi mereka utk berkongsi idea dan pengetahuan. Yang dh tau, boleh same2 share, yg belum tau, dapatla tambah ilmu selain ilmu medic ni…
Mr.President :yup, itulah juga tujuannya, disamping merapatkn ukhuwwah sesame pelajar2 di Moscow, since prog ni melibatkn ke 3-3 uni di Moscow ni... ada students dari Nizhny dan Volgo pun berminat nak datang...
k.Nab : setuju2.. rasa rugila pula kalau tak dpt join prog ni... at least, in case kalau tiba2 kita berada in d middle of conversation yg bckp ttg sejarah, takdela blurr sgt kn, doctor yg tau history,lg mantap tu...! nak harapkn diri sendiri belek buku ke, bace kt internet ke,hehe..mmg takkannye.. then, kemudiannya k.Nab pasti, diakhir prog tu nnt, semua org akan sedar apa peranan masing-masing dalam men’develop’kan Islamic Civilization itu… so, camane ye nak join prog ni?
Mr.President :Utk brothers di MMA boleh bg name kt Haffis Arsat (phoenix_merah) dan di RSMU kpd Hadiey (rave_kk). Sisters pulak, utk MMA bg name kt Amnah (iecu_22) dan utk RSMU kpd Hidayah Jaris (erm_part).
k.Nab : yurannya mcmana? K.Nab ahli KUMOSC. xde diskaun ke..? hehehe..
Mr.President :Ade.. utk bukan ahli 100rb, utk ahli 70rb je. tp, register cpt2 tau, limited to 120 participants je. Dateline 27oct ni ye. Jgn lambat2.
k.Nab : Alamak, limited rupenye. Ok, k.Nab register sekarang jgk! btw, trima kasihla byk2 pd Mr.Pres, skrg2nye bolehla jgk k.Nab nak tolong2 explain kalau ade yg bertanya2 ttg prog ni lg.
Mr.President : Sama2, tolongla sebar2kn jugak, terangkan pd kwn2. Utk details blh lawat http://kumosc.blogdrive.com. Ade kemusykilan ape2 lg lps ni pn,blh tanya kt situ jgk.
k.Nab: Okay! Insya-Allah. maaf kalau ambil mase lame pulak, and tq skali lg! wassalam.
Mr.President : np, wassalam warahmatullah.

Begitulah al-kisahnye. Fahamla k.Nab apela ade dengan AUTUMN RETREAT ’07 ni. Tp sbnrnye ade lg siket2 persoalan ttg prog ni yg masih bermain2 di fikiran k.Nab, tp takpelah, k.Nab simpan tanda tanya ni till prog tu aje, register pun sudah, biar terjawab time prog tu jela nnt,hehehehe.. jadi, see you when I see you kt sane nnt! Wassalam wbt.

Posted at 07:43 pm by Kumosc
Comments (5)  

Next Page